Transformers: Armada

Transformers: Armada, dikenali di Jepun sebagai Super Robot Life-Form Transformers: Legends of the Microns (超ロボット生命体トランスフォーマー マイクロン伝説, Chō Robotto Seimeitai Toransufōmā Maikuron Densetsu), adalah siri animasi, siri komik, dan alat permainan Transformers yang bermula dari tahun 2002–2004.[2] Sebagai siri pertama yang dihasilkan bersama antara syarikat mainan Amerika, Hasbro, dan rakan kongsi Jepun mereka, Takara, Armada memulakan satu dunia/kesinambungan baru untuk Transformers, tiada kaitan dengan mana-mana siri sebelumnya, termasuk Transformers: Robots in Disguise yang terdahulu pada tahun 2001.[3] Ia mengilhamkan sekuel yang dipanggil Transformers: Energon. Pihak Hasbro mengurus pengedaran lesen berbahasa Inggeris, manakala pihak Takara Tomy mengurus pengedaran lesen berbahasa Jepun. Transformers: Armada dan kedua-dua siri berikut adalah sebahagian daripada kisah yang dikenali sebagai Trilogi Unicron.

Transformers: Armada

Penyiaran Asal TXN (TV Tokyo)
Skrip/Penulis Ryo Motohira
Dilesenkan oleh
SD Entertainment (2002–2014)
Hasbro Studios (2014-2019)
Entertainment One (2019-present)
Pengarah Hidehito Ueda
Penyiaran bahasa Inggeris
M-Net (K-TV)
Studio Actas
Studio Galapagos
NAS
Episod 52[1] (Senarai episod)
Tarikh tayangan 23 Ogos 2002 – 26 Disember 2003
Genre Pengembaraan, Mecha, Sains fiksyen, Superhero
Lagu/Muzik Hayato Matsuo

Berkaitan